BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

November 28, 2009

kadang-kadang..

kadang2 pabila kita telah penat berusaha

Tuhan uji dengan kesedihan

kita fikir, kita telah buat sehabis baik

lantas, kita yakin pada diri kita

tapi,

Tuhan itu Maha Adil kan?

kita tak patut putus asa

mungkin belum sampai waktunya

dan mungkin,

Tuhan nak aku lebih berusaha.


kadang2,

terasa nak menangis pabila pe kita hajati

tak dapat

lalu,

kita terus-terusan menangisi ketidakpuasan hati terhadap takdir-Nya

tapi,

Tuhan itu Maha Adil, kan?


kadang2,

kita lupa siapa diri kita

kita lalai pada Dia

sesekali gagal menjadi hamba-Nya yang patuh pada-Nya.


jadi,

kita haruslah saling ingat-mengingati

andai hari ini aku jatuh

hulurkan lah tangan Mu wahai Tuhanku

pimpin la tangan ku wahai teman

andai diriku alpa

andai diriku leka

andai diriku berputus asa terhadap apa yang aku usahakan selama ini

kerana...





aku cuma seorang insan yang lemah..




0 thoughts of others: